Sebarkanlah salam sesama islam...

Thursday, January 24, 2013

Al Ustaz Ebit Lew (ikim)



Al Ustaz Ebit Lew. Mengenali insan hebat ini melalui link pesbuk anak saudara, Cik Najah Kamarudin. Semoga menjadi salah satu asbab utk kita mendapat rahmat & kasih sayang Allah S.W.T. seterusnya. Semoga lebih ramai mendapat menafaatnya, utk kesejahteraan di dunia tambah-tambah lagi utk kesejahteraan di akhirat nanti. Semoga ianya menjadi pintu kebajikan kepada pencari REDHA Allah S.W.T. & Pencinta Allah S.W.T. & Rasulullah S.A.W. Ameen.

Thursday, January 26, 2012

Muhasabah Diri Ke Arah Mukmin Cemerlang.

Ada orang Islam yang begitu gigih membaca al Quran, setiap hari melebihi satu juzuk tetapi malangnya dia tidak mengusahakan solat-solat sunat. Dia berasa puas hati dengan amalannya membaca al Quran itu tanpa mengambil tahu aspek-aspek ibadah yang lain.

Ada orang yang begitu rajin berwirid, saban hari zikirnya ribuan tetapi dia tidak berdakwah kepada sesiapa. Ada yang solat sunat melebihi dua puluh rakaat dalam sehari semalam, dia berasa puas begitu tapi mengabaikan solat fadhu berjemaah di tempat azan dilaungkan , iaitu di surau ataupun masjid.

Ada yang ke sana ke mari berceramah dan mengajar agama tetapi malangnya tidak pula membuat kuliah harian atau minggan untuk anak isteri sendiri.Ada pula yang begitu rajin berjemaah di masjid, tetapi malas mencari ilmu agama melalui jalan membaca, menonton, mendengar, mengarang, mengumpul bahan dan sebagainya.

Keadaan-keadaan di atas menghasilkan individu yang tidak seimbang. Minda mereka perlu dibuka agar mereka tidak berasa puas hati dengan apa yang mereka usahakan sahaja. Bagi sesetengah orang, mereka memahamkan diri mereka bahawa apa yang mereka usahakan itulah jalan agama yang sebenar. Kalau dia rajin mengerjakan solat sunat melebihi dua puluh rakaat setiap hari, dia akan memandang rendah kepada orang lain yag hanya mampu melakukan enam rakaat sahaja sehari semalam. Maka keluarlah daripada mulutnya nasihat-nasihat agar orang lain mencontohinya. Tetapi dia tidak sedar kemungkinan individu yang dinasihatinya itu mungkin ada melakukan amalan yang lain seperti berdakwah, menghafaz dua puluh minit sehari, membaca bahan agama dua jam sehari, merancang aktiviti-aktiviti agama dan seumpamanya.

Situasi ini tidak berlaku kepada orang awam sahaja, malah kadang-kala berlaku juga kepada mereka yang bergelar ulama. Untuk itu saya telah mencadangkan malah menjalankan satu kaedah muhasabah diri untuk digunakan oleh anak-anak buah dan kegunaan saya sendiri.

Untuk bakal pendakwah yang menunjukkan minat untuk terus bersama kita maka mereka hendaklah berusaha untuk mencapai perkara-perkara berikut setiap hari (selain solat fardhu lima waktu):

1- Solat berjemaah 3 kali (lelaki sahaja), utamakan berjemaah di surau atau masjid
2- Solat sunat 6 rakaat
3- Membaca al Quran 1 muka (secara melihat)
4 – Menghafaz atau mengulangkaji hafazan 10 minit
5- wirid pagi atau petang, 15 minit setiap sesi (apa saja aurad, kami gunakan al-Ma’thurat)
6- Qiamullail, sekurang-kurangnya 2 rakaat tahajjud
7- Berdakwah, sekurang-kurangnya satu perkataan yang bererti, satu SMS dan seumpamanya
8- Baca bahan agama 20 minit (juga menonton, mendengar, mengarang dsb)
9- Kurangkan makanan yang boleh memudaratkan
10-Ikram- membuatkan seseorang berasa seronok walaupun seketika
11- Baca-bacaan sebelum tidur
12- riadah 20 minit (lelaki)

Perkara-perkara di atas mesti diusahakan setiap hari. 

Selain itu ada beberapa perkara lain yang tidak setiap hari seperti:
1- Puasa sunat sekali dalam sebulan
2- Mengikuti apa jua majlis agama 3 jam seminggu (lelaki), 1 jam (wanita)
3- Sekiranya bakal pendakwah itu pelajar sekolah, pelajaran agama di sekolah tidak diambil kira.

Untuk ketua, pemimpin, naqib, naqibah, muallim dan seumpamanya, hendaklah mencapai perkara-perkara berikut:
1- Solat sunat 15 rakaat
2- Tilawah al Quran 1 juzuk (sama ada melalui penglihatan atau hafazan)
3- Hafazan atau ulangkaji hafazan 15 minit
4- Qiamullail sekurang-kurangnya 15 minit
5- Riadah 20 minit sehari
6- Sesi tarbiyyah keluarga 10 minit (bagi yang telah berkeluarga)
7- Berdakwah, sekurang-kurangnya satu perkataan yang bererti, satu SMS dan seumpamanya (Facebook, blog dan apa jua platform yang boleh digunapakai)
8- Baca bahan agama 1 jam (juga menonton, mendengar, mengarang dsb)
9- Kurangkan makanan yang boleh memudaratkan
ikram- membuatkan seseorang berasa seronok walaupun seketika
10- Baca bacaan sebelum tidur
Perkara-perkara di atas mesti diusahakan setiap hari. 



Selain itu ada beberapa perkara lain yang tidak setiap hari seperti:
1- Puasa sunat 3 kali dalam sebulan
2- Mengikuti apa jua majlis agama 3 jam seminggu (lelaki), 1 jam (wanita)
Pencapaian di atas bukan kewajipan, tapi satu usaha untuk menggalakkam istiqamah dan menjadikan kita insan berjiwa agama yang seimbang. Jika kita boleh melakukan lebih daripada itu, sangat digalakkan. Cuma jangan melampau dalam beribadah, kerana ditakuti kita tidak ada kesempatan untuk melakukan kerja-kerja lain yang turut dituntut agama terutamanya mencari nafkah, silaturrahim dan ilmu-ilmu duniawi.

Untuk individu yang baru berjinak-jinak dengan agama dan dakwah, cukuplah tiga perkara saja dititikberatkan iaitu:
1- Solat sunat 6 rakaat sehari
2- Membaca bahan agama 20 minit sehari
3- Membuka dan membaca al Quran semuka sehari

Yang penting ialah kemampuan untuk istiqamah, bukannya kuantiti ibadah yang tinggi tetapi tidak stabil- hari ini solat sunatnya 30 rakaat, esok langsung tidak ada, lusa 10 rakaat… tiada istiqamah.

Ia bersifat fleksibel, jika kita dari Johor pergi ke Kuala Lumpur untuk berceramah umpamanya tentu saja kita tidak dapat menyelesaikan kesemua item tersebut, namun ada sistem pemarkahannya (tak dapat diterangkan secara terperinci di sini, mungkin kemudian hari apabila saya hidangkan kupasan artikel ini) yang menjadikan kita tidak kerugian apa-apa. Ini kerana perjalanan kita semasa pergi, berceramah dan pulang termasuk ke dalam “ikram” dan “dakwah”. Maka markah untuk “ikram” dan “dakwah” menjadi berganda. Ia menampung semula kerugian kita dalam item yang lain.

Berdasarkan pengalaman saya menjalankan kaedah muhasabah ini, ternyata ia amat berkesan untuk melahirkan individu pendakwah yang seimbang.
Selamat mengislah diri!

Ini merupakan satu perkongsian daripada seorang sahabat yang bernama Abu Zulfiqar dari blog beliau http://abuzulfiqar.tripod.com yang mana saya rasa sangat-sangat berguna buat saya dan juga sesiapa jua yang mahu bermuhasabah diri ke arah menjadi Mukmin Cemerlang. Sekiranya tidak mampu melaksanakan semua yang sahabat kita ini sarankan jangan pula kita meninggalkan kesemuanya. Yang penting, sebagaimana dipesan oleh beliau ISTIQAMAH DALAM MELAKSANAKAN AMAL IBADAH.
Selamat Beramal!
Abu Ammar

KeCEMERLANGan....

"Kecemerlangan
             adalah hasil daripada 
                                      sikap yang ingin sentiasa 
                             melakukan yang 
                                     terbaik"

Related Posts with Thumbnails

Ust. M. Arifin Ilham.

ikimfm on-line