Sebarkanlah salam sesama islam...

Wednesday, October 12, 2011

Adab Makan Minum Cara Nabi S.A.W.




Oleh: Sumina Binti Deraman


CARA MAKAN
1) CARA SEBELUM MAKAN
- Membasuh tangan
- Keberkatan makanan itu ialah membasuh tangan sebelum makan dan selepas makan.
- Hikmat atau rahsia membasuh sebelum makan ialah disebabkan keadaan makan 
selepas membasuh dua belah tangan itu ialah menjadikan makanan lebih sedap dan lebih enak.
- Hukum :
a) Digalakkan (mastahabb)
b) Sunat/tidak sunat (bergantung kepada keadaan)
- Membaca Bismillah :
- Nabi s.a.w. bersabda :

“Apabila seseorang kamu hendak makan sesuatu makanan, 
maka hendaklah dia mengucapkan : Bismillah. ”Adapun apabila seseorang 
terlupa membaca Bismillah sebelum makan, maka hendaklah dia membacanya
dikala dia teringat dan hendaklah dia menbaca dengan lafadz:
Bismillaahiawaaluhu wa aakhiruh.

- Hukum :
a) Digalakkan (mutahabb) dan bukanlah wajib
b) Menurut dalil yang sahih-wajib
- Berkumpul sewaktu makan:Adalah digalakkan kita berkumpul sewaktu makan 
menurut cara yang di benarkan syara’-seperti tidak bercampur antara lelaki dan 
perempuan bukan mahram. ini adalah untuk merapatkan silaturrahim dan melahirkan 
keberkatan. antara faedah berkumpul atau berhimpun adalah untuk memperoleh 
keberkatan padanya;juga bagi memperoleh tambahan dan kecukupan.
- Sabda rasulullah s.a.w. “Makanan untuk dua orang mencukupi tiga orang;
dan makanan tiga orang mencukupi empat orang bila ramai” (H. R. Al-Bukhari)

Berdasarkan Hadith ini nyatalah bahawa makan berhidang adalah lebih utama 
dari makan berselerak;sekalipun makan berselerak itu lebih mudah dan agak menjimatkan.

2) Cara sewaktu makan.

- Makan dengan tangan kanan
- Rasulullah s.a.w. menyuruh orang yang makan supaya makan dengan tangan kanan 
sebagaimana yang disebutkan dalam Hadith yang terdahulu :

“……. . Dan makanlah dengan tangan kanan engkau. ”

- Makan makanan yang mengiring
- Maksudnya ialah makanan yang terdekat dengan anda;bukan makanan dari 
setiap pihak;sebab orang yang mengambil makanan di tempat yang mengiringi 
kawannya adalah dia melakukan adab yang buruk dan mengenetepikan maruah’ 
maka terkadang dia mengotorkan kawannya terutama makanan yang berbau dan sebagainya.

- Mula makan tepian;tidak ditengah ;
- Sabda Rasulullah s.a.w. :“apabila seseorang kamu makan sesuatu makanan, 
maka janganlah mula makan makanan yang berada di puncak pinggan: akan 
tetapi hendaklah dia makan makanandaripada bahagian di sebelah bawahnya;
kerana sesungguhnya keberkatan itu turun dari puncaknya ke bawah”

- Makan dengan tiga putung jari :“Adalah kebiasaan Rasulullah s.a.w. 
menjemput makanan dengan menggunakan tiga putung jari. ” (H. R. Muslim)
- Beliau tidaklah menyalahi keadaan ini melainkan sebab darurat (terpaksa) ;
kerana sesungguhnya menjemput dengan kurang dari tiga putung jari adalah 
melahirkan kesonbongan, manakala menjemput lebih dari tiga putung jari pula
 menandakan buruk makan. Kerana itu janganlah ditambahkan kepada tiga 
menjadi empat putung, atau menjadi lima, melainkan bila ada halangan seperti 
kerana mengambil kuah atau selainnya.
- Bercakap mengenai makanan :
- Semasa makan, para ulama’ menggalakkan bercakap mengenai (kebaikan) makanan; 
mereka menggunakan Hadith sumber Jaabir B. Abdullah r. a. yang terdahulu.
- Makan makanan yang terjatuh :
- Jaabir B. Abdullah r. a. memberitakan Rasullullah s.a.w. telah bersabda:
“Apabila suapan seseorang terjatuh, maka hendaklah dia mengambilnya, 
hendaklah dia membuang kemudaratan padanya dan hendaklah dia memakannya 
dan janganlah dia meninggalkan kepada syitan (secara membazir). Ini adalah 
apabila tidak terjatuh ke atas tempat bernajis. Apabila dia terjatuh ke tempat najis, 
maka dia bernajis; dan mestilah dibasuh seberapa boleh. Jika tidak dapat di basuh, 
maka hendaklah di beri kepada haiwan;dan janganlah ditinggalkan kepada syaitan”

- Tidak makan banyak :

- Sabda Rasulullah s.a.w. “Orang Mu’min itu makan dengan menggunakan sebuah perut, 
sedangkan orang Kafir itu makan dengan menggunakan tujuh buah perut. ”

- Larangan makan sambil meniarap :
- Hikmah larangan :
• Perbuatan meniarap itu termasuk dalam keumuman bertomgkat tangan.
• Terkadang dia memudaratkan pemakan (menjadi sesak nafas, menghalangi pencernaan, 
meyusah semasa menyuap, dsb)
• Sebagai tidak menghargai nikmat pemberian Allah yang dikurniakan kepadanya; 
dan tidak membesarkan dengan sebenar-benarnya.
- Ucapan penjamu: “Makanlah!”
- Adalah disukai penjamu, apabila melihatkan para jemputan berhadap kepada makanan, 
dia berkata :”Sila makan !(sila minum)”, dimana hendaklah dia mengulangi beberapa kali.

3) Cara sesudah makan
- Digalakkan menjilat pinggan dan jari ;
- Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh umatnya menjilat jari-jari dan pinggan,
 di mana beliau bersabda :
“sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui bahagian manakah makanan kamu yang 
mengandungi keberkatan. ” (H. R. Muslim)
- Larangan bangun meninggalkan makanan sehingga diangkatkan :
Diriwayatkan :- “Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang bangun meninggalkan makanan 
sehinggalah makanan itu diangkatkan “
- Memuji dan menyannjungi Allah:
- Adalah disuruh bagi seseorang, apabila selesai makan atau minum memuji Allah
 terhadap nikmat pemberian yang telah di kurniakan kepadanya:

- Doa untuk penjamu ;
- Digalakkan seseorang mendoakan untuk saudara (seagamany) yang menjamunya 
makan atau makanan disisinya, dengan beberapa doa, semoga Allah akan menerima 
dan memperkenankannya.
- Membasuh kedua tangan :
- Hadith sumber Salmaan r. a. berbunyi :
“Keberkatan makanan itu ialah membasuh dua tangan sebelum dan sesudah makan, “
- Hikmat membasuh tangan selepas makan ialah untuk menghilangkan apa-apa sisa 
makanan yang terlekat pada kedua belah tangan dan juga mulut berupa lemak-lemak.
- Sesungguhnya terdapat amaran Nabi s.a.w. terhadap orang yang tidur tanpa membasuh 
dua belah tangan (yang kotor) sebab makan, di mana beliau bersabda :
“Siapa tidur sedangkan di tangannya terdapat daging busuk dan dia tidak membasuhnya,
 tiba-tiba dia di kenai sesuatu, maka janganlah dia mencela melainkan ke atas dirinya sendiri. ”

BAHAGIAN KEDUA
CARA MINUM
1. Minum secara berdiri :
• Berdiri dan duduk adalah berbeza antara makan dan minum:demikian juga 
keduanya berbeza pula menurut tempat, masa, keperluan, keadaan dan sebagainya.
• Hukum yang tepat mengenai larangan berdiri semasa makan Cuma berbentuk 
Makruh Tanziih (belum sampai ke peringkat haram).
2. Bernafas dalam gelas minuman
• Telah terbit larangan yang terang mengenai bernafas dalam gelag minuman,
 di mana Rasulullah s.a.w. telah bersabda :“Apabila salah seorang dari kamu minum, 
maka janganlah dia bernafas dalam gelas minuman. ’

3. Minum pada tepi gelas sumbing :
• Mengenai perkara ini terdapat larangan Rasulullah s.a.w. berbunyi :“ 
Rasulullah s.a.w. telah melarang minum dari tepi mangkuk yang sumbing (serpih, retak). ”
• Ada pendapat menyatakan bahawa tempat serpih itu ialah tempat duduk syaitan 
dengan maksud lingkungan mulutnya tidaklah dapat dibersihkan bila dia di basuh, 
maka jadilah peminum (sesudahnya) tidak bersih: dan yabg demikian merupakan
 perbuatan syaitan dan sikapnya yang mencelakan.

4. Hukum menghirup : Dalam suatu hadith menyatakan keharusan seseorang 
menghirup air. Adapun mengenai Hadith yang berbunyi :“Janganlah kamu 
menghirup terus, akan tetapi kamu basuhlah tangan-tangan kamu, kemudian 
kamu minumlah dengannya (cebuk dengan tangan)”
5. Minum daripada bekas tuang : Berdasarkan Hadith sumber Imaam Al-Bukhari,
 terdapat larangan:“Rasulullah s.a.w. telah melarang minum terus daripada mulut 
geriba atau bekas tuang”Hikmat larangan :
- Terselamat dari kemasukan sesuatu (kekotoran, kuman) daripada udara ke dalam air 
di rongga bekas tuang, maka dia akan masuk ke dalam mulut peminum, sedangkan
 peminum tidaklah sedar, dan keadaan ini berlaku bila bekas air itu penuh, sedangkan 
dia menyaksikan air masul ke dalamnya.
- Sesiapa yang minum terus daripada mulut bekas tuang atau geriba adalah terlarang.
- Sesungguhnya orang yang minum daripada mulut bekas tuang terkadang air itu 
terjeluak (melebihi) keperluannya.
- Orang yang minum terus daripada bekas tuang, seandainya dia sedang sakit,
maka penyakitnya akan berjangkit kepada peminum selepasnya.
6. Mendahulukan orang-orang sebelah kanan :
• Jumhuur Al-Ulama’ (keseluruhan Ilmuwan Islam) menggalak agar 
mendahulukan peminum yang berada di sebelah kanan, kemudian orang yang 
berada di sebelah kanan yang kedua, dan begitulah seterusnya.
• Di dalam Hadith-hadith terdapat keterangan mengenai Sunnah yang terang 
yang selari dengan dalil-dalil syara’ mengenai digalakkan mengutamakan sebelah
kanan pada setiap perkara yang mulia (baik), antaranya mengutamakan orang yang 
ada di sebelah kanan semasa minum dan sebagainya.
7. pemberi minum, minum terakhir:
• dalam Hadith suber Abu Qataadah yang panjang, terdapat keterangan :
kemudaian Rasulullah s.a.w. menuang minuman. Maka beliau bersabda kepada saya :
”minumlah !” maka saya menjawab :”Saya tidak akan minum sehingga tuan minum dahulu, 
wahai Rasulullah s.a.w.

Lalu Nabi bersabda :“sesungguhnya pemberi minum kepada sesuatu kaum itu, 
dialah peminumyang terakhir”
8. Hukum minum pada bekas emas-perak :
• Rasulullah telah melarang minum dalam bekas emas dan perak, dan beliau bersabda :
“Janganlah kamu minum dalam bekas emas dan perak”
“Orang yang minum dalam bekas emas atau perak, sesungguhnya akan mendidih 
(menggelegak) dalam perutnya (bakaran) api Neraka.

PENUTUP

Syukur kepada Allah kerana telah selesailah sudah di tulis adab-adab tertib ini bagi
 insane yang berfikir berminat mengutip himpunan tertib yang benar dan ingin mendapat
 petunjuk dan panduan As-Sunnah dan Al-Kitab (Al-Quran).

Mereka mengikuti jejak keduanya, menuruti arahan-arahannya dan berhenyi di 
sempadan-sempadan tegahan dan larangannya.

Mereka mengutamakan apa yang di utamakan Allah dan RasulNya, 
mereka meminati Syara’Nya yang di bersih lagi di sucikan daripada setiap 
ke’aifan dan kekurangan, Agama sempurna pada setiap segi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Burdah selawat.

Loading...

Ust. M. Arifin Ilham.

ikimfm on-line

surah-surah lazim.

Loading...

Azmil Mustafa.

Loading...

Tafaqquh Fiddin.

Loading...

Ahmed Saud.

Loading...

Ustaz Azhar Idrus

Loading...

KH. ZAINUDDIN MZ.

Loading...

Bacaan Al Quran Yang Merdu.

Loading...

Syeikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib al-Banjari.

Loading...

USTAZ ABDULLAH YASIN.

Loading...

Riyadh - Akhil Hayy.

Loading...

Ust. M. Arifin Ilham.

Loading...

Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man.

Loading...