Sebarkanlah salam sesama islam...

Sunday, September 26, 2010

Kisah 29 ramadhan 1431 (8/9/10)


Ceritanya begini... Oleh kerana pisang (yang biasa orang goreng tu) yang ayah ku tanam sebelah rumah tu sudah masak, jadi saya ambillah  parang untuk menebangnya. Sebaik saja pokok pisang itu rebah.. 2 ekor anak burung terkukur tersungkur di atas tanah. Rupa-rupanya keluarga burung terkukur ni suka membuat sarang betul-betul di celah-celah tandan pisang tu.
Ha.. inilah rupa anak burung terkukur yang tersungkur tu. Kasihan pula melihatnya.

 
Jadi, dengan penuh rasa keperi kebinatangan (boleh ke guna perkataan ni? he he), saya dengan rasa bangganya dan terpaksanya.. kenalah membuatkan sarang baru untuk mereka, dan inilah hasilnya.
Mulai dari hari itu, hiduplah dan menginaplah mereka di rumah yang baru itu. Kami perhatikan mereka selesa dengan kediaman baru itu.. sambil pasangan (ibu dan ayah) terkukur ini berterbangan mencari rezeki dan kembali ke sarang untuk menyuapkan hasil rezeki yang diperolehi ke mulut anak-anak mereka. Kegembiraan mereka terpancar dari riak kicau mereka.

Sekian saja perkongsian untuk kali ini, sehingga berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Ust. M. Arifin Ilham.

ikimfm on-line