Sebarkanlah salam sesama islam...

Wednesday, November 24, 2010

1st. Reunion IKMPJ8890 - Berjaya!!!

Baru-baru ni kami ada menjalankan aktiviti reunion untuk bertemu kembali sahabat-sahabat setelah sekian lamanya terpisah dek masa.  Inilah tempat berlangsungnya reunion bekas pelatih-pelatih IKMPJ8890 pada 6 november 2010 baru-baru ni, di rumah Norhiaza & Din di Serendah Selangor.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Rumah Majlis - Pn Norhiaza & Pak Din. Juga kepada Yang Berusaha Tuan Nazri Shaari & Pn Wan. Tak lupa juga pada sahabat-sahabat yang sponsor itu dan ini juga pada yang dapat hadir sekelian.

Rasmilah sudah majlis berkenaan dengan terpotongnya kek ini...

Apa lagii.. makan time la...

 Inilah antara yang dapat menghadirkan diri pada hari yang bersejarah itu. Foto tidak termasuk anak-anak yang sebok dengan aktiviti di belakang sana.

Aktiviti sebegini dapat mengeratkan silaturrahim antara sahabat. Moga aktiviti sebegini dapat diteruskan dari tahun demi tahun InsyaAllah. Majlis kali ini dianggap berjaya! dan mengatasi sasaran! Syabas!

Sekian saja untuk kali ini.. Jumpa lagi.. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Ust. M. Arifin Ilham.

ikimfm on-line