Sebarkanlah salam sesama islam...

Sunday, April 17, 2011

PUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS.

PUASA SUNAT (ISNIN DAN KHAMIS)
Apakah dalilnya disunatkan berpuasa hari Isnin dan Khamis?



Pertama;
diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi.)

Kedua;
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).

Ketiga;
Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab; “Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Sumber: http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-sunat-isnin-dan-khamis.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Ust. M. Arifin Ilham.

ikimfm on-line